Tentang Khaidir Zakaria

Khaidir Zakaria
Ejen Hartanah Putrajaya & Lembah Klang

Hi, saya Khaidir! Sebagai ejen hartanah di Putrajaya dan Lembah Klang, saya membantu pelanggan mencari kediaman idaman, peluang pelaburan, atau hartanah komersial yang sesuai. Dengan pengalaman dalam mengurus jual beli hartanah kediaman dan komersial, saya komited memberikan servis yang terbaik kepada anda.


Khaidir Zakaria property consultant in Malaysia

Sebelum ini, saya pernah berkhidmat sebagai Jurutera Rangkaian Komputer selama 7 tahun dalam sektor swasta, syarikat multinasional, dan kerajaan. Kini, saya menceburi dunia hartanah dan Pengurusan Kewangan Islam secara profesional. Saya juga sedang melanjutkan pengajian di The Malaysian Insurance Institute (MII), Malaysian Institute of Estate Agents (Diploma In Estate Agency) dan di Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang ini.

Saya mewakili dua entiti ternama – as-Salihin Trustee Berhad dan IQI Realty Sdn Bhd – bagi membantu anda mengurus hartanah dan pusaka dengan lebih bijak dan berkesan.

Selain kerjaya, saya juga seorang yang aktif dalam sukan! Anda mungkin boleh menemui saya di acara berbasikal ultra-jarak jauh, hiking di hutan gunung atau menunggang kuda endurance di Equestrian Park.

Jika anda ingin berbincang lebih lanjut tentang hartanah atau Pengurusan Harta Pusaka, jangan segan-segan hubungi saya. Anda boleh telefon saya di +60 (10) 3013 500, emel khaidir.zakaria@gmail.com, atau ikuti saya di Instagram , TikTok & Linkedin.

Saya sedia membantu, dan terima kasih kerana singgah di sini!