November 19, 2015

Video Promosi Buat Wasiat di YouTube

Ini Adalah Video Promosi Buat Wasiat di as-Salihin Trustee Berhad.





Ini adalah video promosi kami yang pertama, kami mengunakan applikasi VideoScribe. Please be nice with us ya guys :) 

Seiring dengan perkembangan trend semasa, kami berusaha mendekati masyarakat secara lebih dekat berdakwah tentang kepentingan merancang harta yang kita kumpul, kami menyediakan video promosi buat Wasiat di YouTube ini untuk anda tonton anda. Moga ia bermanfaat.

Di dalam video promosi ini terdapat senarai perkhidmatan yang kami sediakan untuk mengatasi masalah pentadbiran harta pusaka berwasiat dan tanpa Wasiat. 

Perancangan harta pusaka lebih awal dengan mengunakan instrumen perancangan yang betul seperti memelihara, melindungi dan mengagih harta kita mengikut keutamaan serta keperluan akan memudahkan ahli waris dan diri kita kelak.

Kami akan terus menerbitkan beberapa video pada masa akan datang. 


Kami menjangkakan akan lebih banyak promosi pemasaran mengunakan video selepas ini. 

Untuk sebarang pertanyaan dan komen penambah-baik, hubungi tim kami pada bila-bila masa yang anda selesa.

Sila SHARE video ini pada ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, insan yang anda sayang dan juga rakan pejabat. 

Terima kasih 

October 04, 2015

Apa Kelebihan Kad Perubatan Takaful kepada Neelofa ?

Panduan ringkas ini untuk mereka yang telah memiliki Kad Perubatan Takaful dan juga kepada mereka yang sedang mencari pelan Kad Perubatan Takaful Keluarga. 

3 daripada beberapa pengendali takaful di Malaysia yang terbaik seperti PruBSN Takaful Berhad (HealthEnrich), Etiqa Takaful (i-DoubleSecure) dan Takaful Ikhlas Berhad (IkhlasLink Secure Takaful) menawarkan pakej perlindungan dan pembiayaan kos perubatan berkonsepkan Tabarru iaitu saling bantu membantu diantara peserta Takaful.  

Definisi terbaik ini berbeza pada setiap individu dan ada pelbagai persepsi yang banyak kita dengar dan baca di media sosial tentang Kad Perubatan. Dan apa yang paling penting adalah kita memilih urusan muamalah yang patuh syariah seperti Takaful dan berhijrah-lah jika kita masih di alam dunia Insurans Konvensional.

Pelan Kad Perubatan yang terbaik adalah yang dapat memenuhi keutamaan dan keperluan kita. Maksudnya, baik untuk Fareeda yang nyata jelita tidak semestinya terbaik untuk si peminat tudung Neelofar :D



Okay, aku straight-to-the-point.

Kali ini aku nak berkongsi tip apa manfaat asas yang wajib ada dalam pelan Kad Perubatan kita. Kita pilih produk IkhlasLink Secure Takaful sebagai contoh. 

5 Manfaat Penting Kad Perubatan Takaful

  • 01 - Manfaat Kematian (Natural Death) value sum covered min. RM 350 ribu
  • 02 - Manfaat TPD (Accidental Death) value min. RM 300 ribu
  • 03 - Manfaat Pampasan Penyakit Kritikal (Critical Illness) min. RM 300 ribu
  • 04 - Manfaat (Waiver) Pengecualian Sumbangan Bayaran Pelan 
  • 05 - Manfaat Kad Perubatan (Hospital Benefit) MediPlan Coverage Tahunan min. RM 150 ribu dan Room & Board RM300
Kenapa min. RM 350 ribu ? Kenapa tidak RM 100 ribu atau RM 723 ribu ? Aku akan share tentang ini pada artikel akan datang.

Kenapa 5 point di atas penting ? Jika berlaku salah satu daripada musibah tersebut, seseorang itu akan:
  • Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan (jika lumpuh atau akan diberhentikan kerja lebih awal);
  • Apabila tiada pekerjaan, pendapatan kita juga akan terhenti;
  • Dalam keadaan tiada pekerjaanpendapatan dan ditambah pula dengan bebanan hutang, seseorang itu masih lagi perlu meneruskan kehidupan dan jika berlaku kematian, waris akan terpaksa menanggung beban si mati - hutang, kos sara hidup, dll. 
So bagaimana untuk mengekalkan pendapatan jika berlaku musibah di atas ? Solusinya dengan memiliki Kad Perubatan Peribadi yang menyediakan jumlah coverage dan pampasan bagi meringankan beban kos sara hidup --- Perlindungan Kewangan. 

Kad Perubatan Ini Untuk Semua - Ia menjadi keperluan dalam gaya hidup masa kini


Neelofa, Fareeda, Aziz Riadi, Jho Low, Nora Danish, Suzilah Zainuddin, Elizaberth Tan, Sulaiman Akhlaken mahupun sesiapa sahaja perlu memiliki Kad Perubatan ini bagi meringankan beban membiayai kos perubatan yang semakin meningkat dari masa ke semasa di tambah pula dengan situasi ekonomi sara hidup yang semakin tinggi dan pelbagai risiko penyakit yang membimbangkan.

Benar, duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit.

Bagi ahli perniagaan, memiliki manfaat takaful ini wajib untuk anda. Ia mesti ada dalam budget2016 peruntukan kos perniagaan sebagai backup atau contigency plan.

Perhatian ibu-ibu, teringin nak dapatkan ‘Medical Card’ untuk anak sebab dulu pernah kena RM 5,723.00 ribu duduk hospital swasta ? 

Bertindak sekarang dengan menghubungi Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711 WhatsApp / Call untuk memohon Kad Perubatan Peribadi hari ini. 

October 02, 2015

IKHLAS Kembara Takaful

Perlindungan Ikhlas Kembara Takaful menawarkan pampasan diatas kerugian yang dialami bilamana perjalanan anda terbatal atau terganggu disebabkan oleh mana mana musibah yang tertera didalam Sijil ini.

Insurans Perjalanan (Travel Insurance) ini sangat sesuai dan menjadi pilihan untuk mereka yang suka mengembara seperti Backpacker solo atau berkumpulan, rombongan percutian, rombongan Cik Kiah, field study trip, mengerjakan umrah, lawatan atau kursus di luar kawasan kerja, konvoi kelab kereta, dan pelbagai lagi yang melibatkan tempoh masa max. 180 hari.  



Manfaat yang ditawarkan adalah komprehensif merangkumi manfaat Kematian dan Keilatan Kekal akibat kemalangan, perlindungan ini juga tidak terbatas kepada manfaat yang tertera di bawah:-
  • Pembatalan Perjalanan
  • Penghantaran Ubatan
  • Tempoh perjalanan dipendekkan
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Bagasi dan Barangan peribadi
  • Perubatan Kecemasan
  • Kehilangan Dokumen Perjalanan
  • Rawatan Susulan
  • Kelewatan Bagasi dan Kegagalan untuk Berlepas
  • Kos tambahan untuk Pulang Sewa Kereta
  • Terlepas sambungan
  • Elaun Hospital
  • Perjalanan
  • Perbelanjaan Pengkebumian
  • Penjagaan Ehsan
  • Penjagaan Kanak-kanak
  • Perjalanan Terlebih tempahan
  • Liabiliti Persendirian
  • Rampasan
  • Duit saku/ Peribadi

Butiran maklumat yang diperlukan untuk permohonan polisi IKHLAS Kembara Takaful adalah seperti berikut:



  • Nama Penuh 
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Rumah/Pejabat
  • Lokasi Negara/Negeri yang nak dituju
  • Tempoh Pengembaraan
  • Nama individu yang dilantik sebagai Penama/Pemegang Amanah

Hubungi kami untuk bantuan maklumat lanjut. Click & Daftar sekarang ! :) 

September 19, 2015

Panduan Permohonan Visa Umrah

Nota Panduan Permohonan Visa Umrah Ini Untuk Rujukan Bakal Jemaah Umrah 


Kesemua dokumen penting di bawah ini perlu diserahkan kepada pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, 45 hari sebelum hari penerbangan. Bagi pakej bulan Ramadhan, dokumen perlu diserahkan 45 hari sebelum 1 Ramadhan. Dan menghadiri kursus Umrah 30 hari sebelum tarikh penerbangan.

Tertakluk kepada pindaan dan peraturan Kedutaan Arab Saudi dari masa ke semasa

malaysia-airlines
Malaysia Airlines

  • Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Rujuk Cerai dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negara) berserta surat izin (Letter of Consent) dari Suami atau Bapa yang disahkan oleh Persuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra; 
  • Surat beranak sebagai bukti pertalian mahram / kad pengenalan mahram;
  • Salinan sijil kelahiran bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan dibawah umur 18 tahun yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra;
  • Pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan; 
  • Buku suntikan Meningitis ACYW-135 / surat pengesahan rekod kesihatan daripada Doktor Kerajaan atau Swasta;
  • 4 keping gambar berukuran 4cm x 6cm latar belakang berwarna putih, bagi wanita wajib bertudung hitam atau gelap manakala lelaki tanpa songkok atau kopiah;
  • Surat kuasa Mahkamah Syariah / Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak) yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan wanita yang berumur 45 tahun keatas dan pergi berseorangan tidak memerlukan dokumen mahram.

Rujukan i-UMRAH Jabatan Wakaf Zakat dan Haji

Nota Penting (Edisi Kemas Kini)

  • Pastikan salinan sijil nikah jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. (Semua salinan sokongan mesti-lah dalam keadaan bersih dan jelas);
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami isteri, anak dan bapa, adik-beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi;
  • Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian perlu disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam Bahasa Inggeris sahaja;
  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh dibuat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk dan Cerai sahaja;
  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh dibuat di ibu pejabat JPN negeri-negeri atau mana-mana cawangan.

September 10, 2015

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Adab Dalam Berdoa

Sebelum aku bercerita tentang panduan mengerjakan solat sunat hajat, aku nak share tentang adab dalam berdoa. Nota ini sebahagiannya aku rujuk dari buku Himpunan Doa Mustajab dari Al Quran & Hadis dan juga nota kuliah Maghrib di surau. Jika ada kesalahan dan kesilapan dalam nota ini, mohon memberi teguran dengan niat untuk kebaikan dan kerana Allah.


3 Tip penting adab dalam berdoa

  1. Di mulai dengan memuji nama Allah dan selawat nabi, juga diakhiri dengan keduanya. 
  2. Jangan berdoa kepada Allah disertai perbuatan maksiat yang tak henti-hentinya.
  3. Menghadap ke arah kiblat, dan mengangkat kedua tangan di arahkan ke langit dan berdoalah dengan rendah hati dengan suara yang lembut, menyatakan adanya keperluan terhadap Allah bukan sekadar dengan bahasa yang fasih sahaja tanpa menghayati maksud kandungannya.

Solat Hajat


Bila kita mahu mengusahakan sesuatu perkara, selain memohon restu ibu bapa, digalakkan kita menunaikan solat hajat dengan niat memohon pertunjuk dan moga diperkenaankan oleh Allah. 
  1. Berwuduk dengan sebaik-baiknya dan kemudian solatlah. Bilangan rakaat adalah 2 atau hingga 12 rakaat.
  2. Lafaz niat : Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
  3. Selesai solat, duduk dengan sopan dan baca-lah istighfar “Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya ”.
  4. Diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. “Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”.
  5. Sujud dan perbanyakkan ucap - “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”.

Doa Solat Hajat


“Tiada  tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Penyabar dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Ya Allah, Yang Maha Pengasih di antara sekian yang Maha Pengasih”

September 09, 2015

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi




Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  • Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  • Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  • Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber Rujukan

September 08, 2015

Awalnya, Semua Begitu Indah

Bagaimana Deklarasi Harta Sepencarian Dapat Membantu Pasangan Suami Isteri? 


Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Isu tuntutan Harta Sepencarian selepas perceraian atau kematian pasangan suami-isteri menjadi isu kritikal yang jarang dibincangkan secara terbuka. Masih ramai dikalangan kita yang kurang pendedahan tentang prosidur tuntutan, pengagihan dan perancangan awal pengurusan harta hasil usaha dan sumbangan dalam membina perniagaan dan pendapatan bersama ini. 

Lebih membimbangkan pada mereka (segelintir suami) yang berpoligami dan menafikan pula hak isteri-isteri yang banyak membantu. Kita semua tahu isteri menerima 1/8 hak faraid dari bahagian harta peninggalan si suami. 

So, bagaimana untuk kita secure bahagian agihan lebih dari 1/8 ? 

Bagaimana dengan harta hasil usaha sama dalam membina rumah tangga dan juga perniagaan seperti contoh kisah Shahir dan Iris Damia dalam Slot Ratu Cinta Iris ?

Kami menawarkan khidmat menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian bagi mengatasi masalah diatas dan ia melindungi hak bahagian suami dan isteri sekiranya berlaku poligamikematian atau perceraian di antara mereka.


Tip Deklarasi Harta Sepencarian


Berikut adalah senarai dokumen dan perkara yang di perlukan dalam membuat Deklarasi Harta Sepencarian.
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami dan isteri berserta salinan sijil nikah dan bukti pemilikan harta 
  • Untuk yang monogami dan yang berpoligami, semua isteri mestilah hadir sama bersetuju dengan pengagihan dan hasrat dibuat dengan rela hati
  • Senarai Harta Alih
  • Senarai Harta Tak Alih
  • Fi permohonan tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tidak dapat diteruskan atau dibatalkan
  • Fi Pentadbiran Harta Pusaka adalah dikira berdasarkan kepada nilai pasaran harta ketika Probet dikeluarkan

Hubungi kami hari ini untuk urusan (click) temujanji khidmat nasihat dan perbincangan lanjut. 

Terima kasih

Khaidir Zakaria
011-3292 8711 
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

September 06, 2015

Panduan Menyediakan Wasiat di as-Salihin Trustee Berhad

buat wasiat dan hibah di as-salihin-trustee-berhad

Ini adalah nota ringkas prosidur yang biasa di praktik dan panduan menyediakan wasiat di as-Salihin Trustee Berhad. IEP atau Islamic Estate Planner akan mengenal pasti beberapa perkara seperti di bawah semasa fact-finding prospek. Hasrat si pewasiat mesti-lah mematuhi hukum syarak dan tidak melanggar undang-undang. Si pewasiat hendak-lah dalam keadaan waras, bercakap benar, bertanggung-jawab dan tidak menyembunyikan fakta-fakta penting.


Langkah 1

  • Memastikan pewasiat adalah beragama Islam. 
  • Mengenali status pewasiat sama ada berkeluarga/bujang/janda/duda/monogami/poligami/anak angkat/anak OKU atau mualaf.
  • Mendapatkan maklumat lengkap butiran peribadi pewasiat.
  • Melantik Pentadbir / Wasi. 

Langkah 2

  • Melantik penjaga (jika ada anak kandung minor di bawah umur 18 tahun).
  • Hanya perlu diisi oleh pewasiat lelaki.

Langkah 2A

Mendapatkan persetujuan pewasiat untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian / Perjanjian Aset Perolehan Bersama bagi suami-isteri (monogami & poligami) yang menyumbang usaha, idea, tenaga dan duit dalam pengumpulan harta bersama di sepanjang perkawinan yang sah.


Langkah 3

  • Menyenaraikan semua ahli waris faraid pewasiat (suami/isteri/anak/adik-beradik termasuk ibu bapa, jika ada).
  • Mendapatkan nama penuh ahli waris mengikut kad pengenalan beserta no talian telefon semasa untuk dihubungi.

Langkah 4

  • Menyenaraikan keterangan aset, benefisiari dan bahagian % pengagihan harta alih dan harta tak alih.
  • Menyenaraikan keterangan semasa HUTANG / LIABILITI seperti Personal Loan, PTPTN, Home Loan, Credit Card Loan, pinjaman perniagaan dan lain-lain.
  • Mengenal pasti cara pengagihan harta si pewasiat sama ada mengikut cara sama rata, faraid atau muafakat.
  • Menamakan ahli bukan waris dengan 1/3 bahagian, jika ada. 
  • Bagi rumah kediaman dan harta-harta komersial, nyatakan alamat dan nombor hak milik.
  • Bagi tanah nyatakan nombor hak milik tanah dan lokasi.
  • Bagi akaun bank - nyatakan cawangan bank dan no. akaun jenis akaun dan tidak perlu nyatakan nilai dalam akaun.
  • Nyatakan no polisi Takaful Keluarga.
  • Nyatakan no rujukan ASB, KWSP, Tabung Haji, Saham, no. ahli koperasi, Safe Deposit Box, dan lain-lain. 

Langkah 5

  • Mendapatkan kebenaran pewasiat untuk kuasa tambahan Wasi untuk membayarkan zakat, kaffarat, haji dan fidyah puasa.
  • Menyediakan surat pesanan terakhir si pewasiat kepada waris.
  • Memaklumkan kepada pewasiat bahawa kesemua waris fardu akan menerima lebihan / baki / semua harta dalam jumlah yang sama -- tertakluk kepada persetujuan semua ahli waris selepas kematian si pewasiat.

Langkah 6

  • Menentukan dan menyenaraikan aset khas untuk melangsaikan hutang si pewasiat. (Contoh: Gunakan duit dari pampasan Takaful Hayat atau jual rumah di Bangsar untuk langsaikan hutang XYZ).

Rumusan : Isi Kandungan Dokumen Wasiat Akhir as-Salihin Trustee Berhad

  • Perlantikan Pelaksana Wasiat iaitu Wasi
  • Perlantikan Penjaga Harta bagi anak dibawah umur
  • Klausa penyelesaian hutang dan perbelanjaan si pewasiat
  • Klausa pemberian harta pusaka
  • Perbentukan Amanah dalam wasiat
  • Klausa baki Harta yang tidak di isytihar
  • Arahan-arahan tambahan
  • Pesanan terakhir si pewasiat

Supporting document yang diperlukan:

  • Salinan I/C / Kad Pengenalan (Original Sighted)
  • Salinan Sijil Nikah ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Salinan Sales and Purchase Agreement ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Deposit / Commitment Fees untuk memulakan kerja deraf dokumen Wasiat.


Semoga panduan menyediakan Wasiat ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Untuk pertanyaan dan urusan perdaftaran ;

Sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711 untuk urusan temu janji dan maklumat lanjut. Atau, sila booking temu janji secara atas talian di sini, klik >> Daftar Temu janji <<

Wallahu a'lam


August 19, 2015

Pengurusan Harta Pusaka Kecil


Definisi 'Harta Pusaka Kecil'.


Harta pusaka kecil merupakan harta peninggalan simati tanpa wasiat yang mempunyai ciri-ciri berikut :


  • Harta itu terdiri daripada Harta Tak Alih/Tanah sahaja atau Harta Tak Alih/Tanah dan Harta Alih seperti wang tunai, saham, barang kemas,  caruman KWSP, wang simpanan, kenderaan, apa-apa jumlah tuntutan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67] dan sebagainya.
  • Jumlah nilaian harta keseluruhannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan dibuat.



Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti berikut :


Bukti Pemilikan Harta


  • Salinan dokumen harta alih - seperti salinan sijil saham, salinan penyata akaun, buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan dan sebagainya.
  • Dokumen harta tak alih - seperti Salinan Hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atsu Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih oleh simati atau Perjanjian Jual Beli bagi bangunan/rumah yang belum ada hakmilik berasingan.


Bukti Kematian


  • Sijil kematian/Permit menguburkan.
  • Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur. Perintah ini hsnya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.



Nota Penting


  • Semua dokumen asal bagi bukti kematian, hak milik tanah, kad pengenalan, surat nikah, surat beranak, bukti pemilikan harta alih dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dibawa semasa perbicaraan.
  • Semua keterangan semasa perbicaraan akan direkodkan secara bersumpah.
  • Semua pihak yang dinyatakan di dalam notis perbicaraan dikehendaki hadir pada hari perbicaraan yang ditetapkan.

Sumber rujukan : Portal Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian. 

August 17, 2015

Memohon Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka

Mahkamah-Tinggi


Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta pusaka yang ditakrifkan sebagai harta pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di Mahkamah Tinggi yang berhampiran dengan alamat tempat tinggal si mati. Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet.

Jika si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat, permohonan untuk surat kuasa mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh dibuat dengan petisyen dalam contoh borang seperti di Lampiran “B1” dan “B2”.

Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang berikut:

(a) Waris si mati (benefisiari si mati) seperti balu atau duda, anak lelaki atau anak   perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik dan sebagainya;

(b) pemiutang (creditor) seperti pemberi   pinjam wang, bank, koperasi, dsb.;

(c) pihak-pihak pembeli (purchasers) dan   pemegang serah hak, pemegang gadaian   dan pajakan yang mempunyai   kepentingan dalam harta peninggalan   si mati;

(d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua Pengarah Insolvensi, Amanah Raya Berhad, as-Salihin Trustee Berhad dsb.; dan

(e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan Baitulmal yang mempunyai   kepentingan masing-masing dalam   harta pusaka yang berkenaan.

Probet ialah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-undang.

Khaidir Zakaria
011-3292 8711
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

August 15, 2015

Panduan Pembahagian Pusaka dalam Islam


1. Apabila meningal dunia seorang bapa dan meninggalkan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan, maka anak yang lelaki mendapat dua kali ganda anak perempuan, umpamanya kalau harta peninggalan bernilai RM 900 ribu, maka anak lelaki mendapat RM 600 ribu dan anak perempuan RM 300 ribu, (Kalau hanya anak lelaki sahaja, maka semua harta dapat kepadanya). Kalau anak lelaki tidak ada, cuma anak perempuan seorang sahaja, maka ia mendapat 1/2 dari harta dan jika anak perempuan dua orang atau lebih, maka mereka mendapat 2/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

2. Ibu dan bapa masing-masing mendapat 1/6, jika si mati itu mempunyai anak. Jika si mati tidak mempunyai anak, maka ibunya mendapat 1/3. Tetapi jika si mati meninggalkan beberapa saudara, maka ibunya mendapat 1/6 juga. Semuanya itu sesudah dibayarkan segala hutang-hutangnya dan wasiat-wasiatnya si mati  kepada masjid atau fakir miskin dan sebagainya.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

3. Kalau si mati tidak beranak maka saudara perempuan (seibu sebapa atau sebapa saja) mendapat 1/2, tetapi kalau saudara perempuan itu dua orang atau lebih, mereka mendapat 2/3. Dan kalau berhimpun saudara lelaki dan saudara perempuan, maka si lelaki mendapat dua kali yang di perolehi oleh perempuan.

Rujuk Surah An-Nisa : 176

4. Suami mendapat pusaka dari isterinya yang meninggal 1/2, jika isterinya itu tidak beranak. Jika mempunyai anak, maka suami mendapat 1/4. Isteri mendapat pusaka dari suaminya yang meninggal 1/4, jika suaminya itu tidak mempunyai anak. Jika ada anak, maka isteri mendapat 1/8  dari harta peninggalan. Jika si mati itu tidak beranak dan tidak juga berbapa, maka ketika itu mempusakai saudara seibu (lelaki atau perempuan). Jika ia seorang mendapat 1/6 dan jika dua orang atau lebih mereka mendapat 1/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 12

Hubungi kami hari ini untuk maklumat dan khidmat menyediakan dokumen Wasiat yang komprehensif. 

Khaidir Zakaria, Putrajaya
011-3292 8711
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

August 13, 2015

Siapa Golongan Ashab Al-Furud

Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham. 

Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu.

Ahli waris ashab al-furud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.  

(1) Suami menerima 1/2 jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/4 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.  

(2) Isteri menerima 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.  

(3) Bapa menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.  

(4) Datuk (bapa kepada bapa) Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 atau 1/6 dan asabah atau  asabah iaitu sama seperti bapa.

(5) Ibu menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau anak  perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai  beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 baki jika si  mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa  ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).  

(6) Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 sama ada seorang atau lebih.  

(7) Anak perempuan menerima 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan  anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anak perempuan.  

(8) Anak perempuan kepada anak lelaki menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih, 1/6 jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki  kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.  

(9) Saudara perempuan seibu sebapa menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih;  asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.

Sumber rujukan : Koleksi Kertas Kerja Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

August 12, 2015

Cabaran Sebagai Perunding Kewangan Islam

Dalam kehidupan seharian kita ada pelbagai cabaran, pengorbanan, masalah, kejayaan, suka-duka dan ia dalam pelbagai bentuk warna warni kehidupan.

Ini kisah tentang Cabaran sebagai Perunding Kewangan Islam.


challenge accepted



Begini-lah cerita aku.




  • Memaksa atau sesetengah orang mengelarkan 'product pushers salesman' itu bukan cara aku. Aku lebih suka berkongsi ilmu solusi dan pengalaman dengan prospeks/clients. Ya benar, ia sumber mata pencarian utama seperti aku yang bekerja sepenuh masa sebagai perunding kewangan. Dan aku memilih untuk tidak memaksa prospek untuk memilih solusi produk yang tidak sepatutnya.
  • Ada sesetengah prospek mengambil mudah tentang perkara ini - bertangguh. Barangkali ada silap pada aku yang tidak menyampaikan info dengan tepat dan jelas atau barangkali prospek memikirkan 'arggh biarlah dulu !'.
  • Tarikh mati kita itu tidak tercatat dalam kad pengenalan. Kematian itu pasti dan tidak awal atau lewat sesaat pun. Bidang kerja aku ini banyak melibatkan kisah hidup dan mati.
  • Perancangan itu penting. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.
  • Ustaz kata kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja. Berbuat baik-lah sesama insan. Jangan menyakitkan hati, dengki, berdendam, tidak jujur, tiada kasih sayang dan sebagainya sikap yang buruk patut di jauhi. Perunding Takaful juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Aku usaha untuk sabar dan istiqomah dalam menjalankan tanggung-jawab, namun adakalanya gagal.
  • Dugaan berurusan dengan manusia itu hebat. Tidak seperti mana aku berurusan dengan komputer dulu sebagai jurutera komputer. Sabar itu sangat penting. Melawan hawa nafsu itu memerlukan keberanian dan ia benar sangat mencabar.
  • Kerana duit gelap mata. Kerana duit menjadi hamba. Kerana duit maruah tergadai. Kerana duit orang puja. Kerana duit orang sanjung. Kerana duit orang saling membenci. Kerana duit orang lupa segalanya. Kerana duit juga kita bahagia-merana.
  • Takaful itu sifatnya melindungi. Faraid itu sifatnya mengagih kepada waris yang berhak untuk kebaikan dan kesejahteraan dunia-akhirat. Kedua perkara ini memerlukan perancangan. Perancangan memerlukan ilmu yang betul pada tempatnya.
  • Apa jua kerjaya memerlukan kesabaran, ilmu, kesungguhan, pengorbanan, keberanian, perancangan, kegagalan, kejayaan dan mempercayai segalanya berlaku dengan izin Allah.


Catatan ini adalah pandangan-luahan hati peribadi, ia tidak semestinya betul untuk semua orang.

August 08, 2015

Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka

Mungkin ramai yang tak sedar kesan melewatkan pengagihan harta pusaka ini boleh membawa banyak kemudaratan daripada kesenangan. 



Rata-rata respon dari org ramai semasa kami menjalankan direct-survey tentang kepentingan merancang dan mengurus agih harta pusaka adalah :


  • Saya tiada harta
  • Saya ... belum nak mati
  • Dah ada Faraid tak perlu Wasiat-lahh
  • Nanti dulu, bukan sekarang sebab saya belum bersedia lagi
  • Saya dah bagi awal2 semua harta saya pada anak-anak
  • Anak-anak saya semua dah besar, pandai-pandai-lah mereka cari harta sendiri
  • Saya banyak hutang !


Demi-masa


Diantara Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka adalah :



  • Hutang si mati tidak di jelaskan kerana tiada siapa yang tahu rekod hutang si mati.
  • Waris menguasai harta si mati secara batil / haram kerana mengambil hak waris yang lain sesuka hati tanpa persetujuan semua waris yang berhak. 
  • Dokumen hilang, tiada maklumat yang sah dan jelas dan ini memboleh mendorong kepada keterangan palsu
  • Bilangan waris semakin bertambah, tiada sesiapa yang mengambil tanggung jawab menguruskan.
  • Keluarga berpecah belah, mungkin bertambah teruk masing2 mengambil sikap lepas tangan.
  • Akhirnya harta si mati tidak di uruskan, aset beku, pertukaran geran tanah bermasalah dan masalah lain timbul berterusan. 

August 06, 2015

Wasiat Jemaah Haji Malaysia

Sampaikan Mesej Penting Ini Kepada Bakal Jemaah Haji Yang Anda Sayangi. 



Kepada individu atau jemaah haji Malaysia (Kursus Haji Perdana khususnya) yang memerlukan khidmat menyediakan dokumen Wasiat, Hibah atau Harta Sepencarian yang komprehensif sila hubungi kami untuk khidmat nasihat.

Jemaah Haji Malaysia
Jemaah Haji


Menyediakan dokumen Wasiat tidak semestinya untuk menunggu musibah berlaku, ia satu persediaan awal untuk hari esok kerana ajal dan maut Allah lebih mengetahui.

Ramai yang salah anggap, menyediakan dokumen wasiat perlu ada harta berjuta-juta atau berbillion ringgit contohnya.

Dua perkara penting yang perlu kita ambil perhatian apabila berlaku kematian dan kaedah pengurusan harta pusaka;


  • Pentadbiran
  • Pengagihan (Faraid)



wasiat hibah haji dan Umrah 400px x 400px

Point penting adalah menguruskan - mentadbir hutang-hutang diri sendiri (pewasiat). Kita semua pasti tidak mahu pergi ke alam seterusnya dengan amalan yang kurang cantik. Dengan menyediakan dokumen wasiat sebagai perancangan awal ia dapat membantu sedikit sebanyak agihan harta kita. Dapat dilunaskan hutang, selebihnya jika ada baki baru-lah di agihkan kepada waris sama ada mengikut hukum faraid, pesanan-wasiat ataupun secara muafakat.

Mesej ini bukan sahaja hanya di tujukan kepada mereka yang hendak menunaikan haji atau umrah sahaja. 

Kepada mereka yang beragama Islam, berkemampuan, sihat mental, dah baligh dan mahu berpesan-pesan kepada ahli keluarga terutamanya juga boleh menyediakan dokumen wasiat.

Verbal atau cakap mulut sahaja tidak memadai masa kini. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis mengikut rukun dan mematuhi undang-undang.

Kepada jemaah Haji Umrah Malaysia, bertindak-lah sekarang dengan membuat persiapan awal menyediakan dokumen perancangan harta pusaka ! 

" Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau susahkan, semoga segala urusanku berakhir dengan baik. "

August 05, 2015

Tanggung Jawab Waris Terhadap Harta Pusaka Si Mati

FARAID kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka dalam Islam. 





Sebaik sahaja selepas berlaku kematian seseorang dan sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut hukum faraid, waris-waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa hak yang berkaitan dengan harta si mati iaitu:

1. Belanja Pengurusan Jenazah 
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk segala urusan yang berkaitan pengurusan jenazah yang diiktiraf oleh syarak. Perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta si mati termasuklah pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur, upah membawa jenazah ke kubur sama ada dengan cara diusung atau dibawa dengan kereta jenazah dan sebagainya.

2. Menyelesaikan Hutang Si Mati (jika ada) 
Setelah pengurusan jenazah disempurnakan, maka hendaklah dilunaskan pula segala hutang si mati. Hutang dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah S.W.T. dan hutang kepada manusia. 

3. Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian 
Mengikut amalan di Malaysia, setelah menyelesaikan hutang-hutang si mati, suami atau isteri si mati boleh menuntut pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlaku kematian salah satu pihak sama ada suami atau isteri. Penentuan kadar harta sepencarian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

4. Wasiat Si Mati (jika ada) 
Setelah diselesaikan hutang-hutang dan diputuskan pembahagian harta sepencarian, waris-waris hendaklah menunaikan wasiat jika si mati semasa hayatnya ada meninggalkan wasiat sebagaimana dalam perbincangan seterusnya.

5. Faraid 
Setelah diselesaikan semua perkara-perkara seperti di atas, barulah baki daripada harta si mati itu dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum faraid sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana urusan perlantikan wasi dan pentadbiran Wasiat. 


Khaidir Zakaria
011-3292 8711

as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya

August 03, 2015

Lima Keadaan Hukum Berwasiat




Apakah Hukum Berwasiat ?


Hukum berwasiat terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan keadaan-keadaan tertentu iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib: Iaitu mewasiatkan sesuatu yang wajib dalam tanggungan pewasiat sama ada ia terdiri daripada hak-hak Allah S.W.T. dan hamba seperti mengeluarkan zakat, kifarat, nazar, haji, fidyah dan puasa, menunaikan hutang terhadap pemiutang dan memulangkan barang wadi‘ah kepada tuannya. Dalam keadaan ini, membuat wasiat adalah wajib.

Sunat: Iaitu mewasiatkan harta pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk golongan tertentu dan kaum kerabat yang tidak akan menerima harta pusaka, fakir miskin, anak angkat, orang yang dalam keperluan, orang yang berhajat, yayasan   kebajikan dan agama seperti masjid dan sebagainya.

Harus: Iaitu mewasiatkan untuk golongan tertentu termasuklah kaum kerabat yang kaya dan lain-lain.

Makruh: Iaitu mewasiatkan harta bagi tujuan yang makruh di sisi syarak seperti wasiat untuk mendirikan binaan di atas kubur.

Haram: Iaitu mewasiatkan harta kepada perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Wasiat jenis ini dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh ahli-ahli waris.

Khaidir Zakaria
as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya Cyberjaya

June 12, 2015

Wakil as-Salihin Trustee di Universiti Teknologi Petronas

Alhamdulillah. Kami diberi peluang untuk berkongsi ilmu perancangan Harta Pusaka di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak.

Moga ilmu yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada mereka yang beramal. 


bersama-prof-dr-abdul-ghani-bin-md-rafek
Bersama Prof Dr Abdul Ghani Rafek

June 11, 2015

Bersama Tun Mahathir di Putrajaya

Alhamdulillah minggu lepas berpeluang bertemu Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Kami sempat berbual ringkas.


Saya menghormati dan menghargai jasa baik beliau sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia.

Bersama Tun Mahathir di LPF Putrajaya
Bersama Tun Mahathir Mohamad

May 28, 2015

Islamic Estate Planner

Estate Planning Malaysia
Khaidir Zakaria
Islamic Estate Planner  / IEP will help you prepare, for example, the necessary documentation which will clarify the position of your existing assets and what is to be done with them upon your death or to see how your children (adopted or otherwise) is to be cared for, or even ensuring that your non-Muslim family (if you are a convert) is taken care of and not just your Islamic brethren.

Syariah-compliant Islamic Estate Planning services available at as-Salihin Trustee Berhad include the following :

  • Wasiat-Writing services
  • Custodial services
  • Business Continuation Plan
  • Harta Sepencarian Declaration
  • Wakaf Documentation
  • Declaration of Hibah
  • Estate Administration
  • Appointment as Executor
  • Trustee for Amanah Hayat
Khaidir Zakaria, authorised Islamic Estate Planner representatives of  as-Salihin Trustee Berhad, + 6011-3292 8711 , Cyberjaya. MALAYSIA.


Thank you

May 18, 2015

Wasiat dan Tugas Wasi

Bila Wasiat Berkuatkuasa ?


WASIAT akan berkuatkuasa hanya selepas kematian. 

Oleh itu wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat. Hanya dokumen wasiat terakhir yang di terima. 


Apa Itu Wasi ?


WASI adalah orang yang dilantik didalam wasiat untuk melaksanakan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat.

Apa Tugas Wasi ?

  • Mengenal pasti wasiat
  • Mendapatkan probet
  • Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
  • Membayar semua hutang pewasiat
  • Menyediakan penyata akaun
  • Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
  • Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid


Khaidir Zakaria, Kelana Jaya
as-Salihin Trustee Berhad
011-3292-8711
 —  at Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya



wasiat-tugas-wasi
Khaidir Zakaria - as Salihin Trustee Berhad


May 08, 2015

Soal Jawab Wasiat Islam

Kami kongsikan soal jawab berkaitan Pentadbiran dan Pengagihan Harta Pusaka untuk rujukan bersama.

Mengalu-alukan pertanyaan dan perkongsian ilmu untuk pemahaman yang lebih jelas.

***
Soalan : Saya adalah seorang anak angkat. Bolehkah saya mewarisi Harta daripada ibubapa angkat saya?

1. Tidak, kerana anak angkat bukan waris Faraid.
2. Ya, dengan pemberian Hibah. (Hibah kpd anak angkat tidak boleh di tarik-balik).
3. Ya, dengan dgn tidak lebih daripada 1/3 harta.

***
Soalan : Saya difahamkan bahawa undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?
1. Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. 

2. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.



Khaidir Zakaria, Cyberjaya
011-3292-8711

April 24, 2015

Travelog Haji Mengusik Hati

Alhamdulillah akhirnya dapat juga berjumpa dengan Prof. Saya bersama penulis buku Travelog Haji Mengusik Hati ProfMuhdKamil Ibrahim di PWTC, Kuala Lumpur


Muhd Kamil Ibrahim