September 27, 2014

Mamogram LPPKN



Kanser payudara merupakan kanser yang paling utama dilaporkan di Malaysia. Adalah dianggarkan 1 daripada 20 orang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara dalam hayatnya. Peak age specific incidence rate bagi kanser payudara adalah pada usia 50-59 tahun. Lazimnya pesakit mendapatkan rawatan pada tahap lewat dan ini menyebabkan ramai pesakit meninggal dunia dalam tempoh masa yang singkat. Kanser payudara boleh dikesan awal dengan menjalani ujian mamogram

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur    40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimanapun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.

Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM10000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM10000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.


Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

Kempen Saringan Mamogram secara PERCUMA.

Tarikh : Oktober 2 ; 7 ; 9 ; 14 ; 16 ; 21 ; 28 2014

Setiap Selasa & Khamis dari jam 1pm hingga 5pm.

Tempat :

Wisma LifeCare,
1st Floor, Wisma Life Care
No 5, Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur

Tel : 1300-222-369/ 03-2241 3610
Email : [email protected]

Sila 'viral' kan maklumat ini kepada ahli keluarga tersayang, kawan-kawan dan jiran tetangga.

Terima kasih.

Tiada ulasan: