September 30, 2014

Rooms & Rates Prince Court Medical Centre


Rooms & Rates


Kindly be informed that Standard room rate shall be revised from RM220 to RM250 effective 1 October, 2014. 

Source : Prince Court Hospital

Haven't got complete insurance protection yet? 


Please kindly contact us at our mobile number (+6011 3292 8711- MR Khaidir Zakaria) with any correspondence requiring immediate attention. Otherwise, we shall reply your email as soon as possible on our return.

Thank you

September 28, 2014

Wahai Purnama

ksiezyc


Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...

Terangi kegelapan dan kebatilan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...

Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2x)
Siang dan malam jua...(2x)

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2x)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

September 27, 2014

Mamogram LPPKN



Kanser payudara merupakan kanser yang paling utama dilaporkan di Malaysia. Adalah dianggarkan 1 daripada 20 orang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara dalam hayatnya. Peak age specific incidence rate bagi kanser payudara adalah pada usia 50-59 tahun. Lazimnya pesakit mendapatkan rawatan pada tahap lewat dan ini menyebabkan ramai pesakit meninggal dunia dalam tempoh masa yang singkat. Kanser payudara boleh dikesan awal dengan menjalani ujian mamogram

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur    40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimanapun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.

Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM10000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM10000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.


Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

Kempen Saringan Mamogram secara PERCUMA.

Tarikh : Oktober 2 ; 7 ; 9 ; 14 ; 16 ; 21 ; 28 2014

Setiap Selasa & Khamis dari jam 1pm hingga 5pm.

Tempat :

Wisma LifeCare,
1st Floor, Wisma Life Care
No 5, Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur

Tel : 1300-222-369/ 03-2241 3610
Email : [email protected]

Sila 'viral' kan maklumat ini kepada ahli keluarga tersayang, kawan-kawan dan jiran tetangga.

Terima kasih.

September 26, 2014

Kehamilan Ektopik

Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus.



Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.

Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Kehamilan ektopik perlu ditamatkan dengan pembedahan laparotomi atau laparoskopi.

Tindakan dan Tawaran

Dengan memiliki pelan perlindungan kad perubatan peribadi, ia dapat mengatasi dan meringankan kos pembedahan dan rawatan anda. Cegah sebelum terlambat.

Hubungi kami hari ini untuk penerangan lanjut di talian +601132928711 (En Khaidir Zakaria)

Kata kunci : Laparotomi, Laparoskopi, Kehamilan Ektopik, Komplikasi Bersalin,

September 25, 2014

Keluarga Iskandar


Alhamdulillah. Saya berpeluang bertemu dengan keluarga saudara Iskandar tempoh hari. Kami berbincang tentang pelan langkah-langkah perlindungan takaful untuk ahli keluarganya. 

Saya akan kongsikan sebahagian maklumat ini dengan pembaca tentang proses dan jalan penyelesaian yang boleh di jadikan contoh untuk pembaca memahami lebih lanjut tentang kepentingan adanya pelan perlindungan takaful. 




September 24, 2014

Kad Perubatan HealthEnrich

Dapatkan Pelan Perlindungan Keluarga dan Peribadi Kad Perubatan HealthEnrich.



Berikut adalah senarai komplikasi-komplikasi ‪‎bersalin‬ yang dilindungi yang terdapat dalam pakej Kad Perubatan HealthEnrich:

  • Pembekuan Intravaskular
  • Kehamilan Ektopik
  • Hydatidiform Mole
  • Toksemia Semasa Mengandung
  • Embolisme Pulmonari Semasa ‪Mengandung‬
  • Embolisme Cecair Amniotik
  • Eklampsia
  • Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi


Kata kunci : Kad Perubatan Peribadi, Kehamilan Ektopik, Komplikasi Bersalin,

September 19, 2014

Why You Need Key Man Insurance

Why we need key man Insurance ?


"to protect a key employee in a company, against the loss of profit suffered by a company in case the key employee, well, dies or permanently disabled (TPD). The beneficiary of keyman insurance policy is always the company".




Please kindly contact us with any correspondence requiring immediate attention. Otherwise, we shall reply your email as soon as possible on our return.

Thank you


Keywords : Employment Insurance Benefits, Keyman Insurance, Key Person Insurance,  Key Man Insurance,

September 09, 2014

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara




Ingatlah Kamu 5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Ingatlah Kamu 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

5 Perkara Sebelum 5 Perkara


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

  • Masa sihat sebelum sakit.
  • Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
  • Masa hidup sebelum tiba masa mati.


Dalam urusan memohon pelan perlindungan Takaful, faktor kesihatan dan usia adalah perkara utama yang diambil kira. Selain itu, faktor risiko gaya hidup, jantina, pekerjaan & perniagaan. 

Oleh itu, rebutlah peluang seperti mana 5 perkara sebelum 5 perkara dalam menguruskan pelan kewangan kita.

Sekiranya anda seorang usahawan, ahli perniagaan atau individu yang sdang memikirkan dan mengambil berat tentang hal urusan pelan perlindungan risiko kewangan dan mahukan maklumat tambahan, hubungi saya hari ini untuk bantuan lanjut.

Insya Allah, saya akan usaha memberikan beberapa penyelesaian perlindungan risiko perniagaan dan individu berdasarkan keperluan anda.

Terima kasih

Khaidir Zakaria , Putrajaya

September 08, 2014

Keperluan atau Kemahuan ?

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah.



Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Bagi memenuhi keperluan dan keutamaan peserta takaful, terdapat satu pelan perlindungan takaful keluarga yang mengamalkan konsep derma bantu-membantu dan ia juga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Lima (5) kompenen asas yang terdapat dalam pelan perlindungan takaful keluarga.

Ia komprehensif dan fleksibel. 


1. Manfaat pampasan kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Manfaat pampasan sakit kritikal
3. Pampasan kemalangan dan kematian akibat kemalangan
4. Kos Rawatan (Medical Card)
5. Simpanan (Investment Unit Account)


Diharap perkongsian ilmu dapat membantu pemahaman anda tentang perkara asas yang terdapat dalam pelan perlindungan takaful keluarga.

Hubungi saya hari ini untuk bantuan maklumat lanjut serta kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan niaga anda.


September 05, 2014

Kenapa Perlu Pelan Perlindungan Risiko?

Dengan adanya perlindungan takaful perubatan, sekurang-kurangnya sebahagian besar bil rawatan dapat dibayar daripada tabung derma peserta. Di samping mendapat perlindungan kita juga beramal. Ini sudah tentu melayakkan peserta mendapatkan rawatan di hospital swasta walapun bergaji agak kecil.



Perancangan kewangan yang baik seperti menyertai takaful dapat menghindarkan kita daripada mengeluh bil hospital yang tinggi walaupun bagi seorang kerani kilang sebagai contoh.

Share info ini dengan rakan2 dan ahli keluarga tersayang.

Khaidir Zakaria
Putrajaya