Februari 28, 2014

Putaran Kehidupan KITA.

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Pengalaman & Pandangan Peribadi

0 - 18 tahun 

Masa kita bergantung kepada Ibu Bapa,
Masa kita belajar tentang ABC, Alif Ba Ta, 1 2 3,
Masa kita dengar lagu Rasa Sayang eh Rasa Sayang Sayang eh!.
Masa kita 'kontrak' loan PA-MA.
Masa kita gatal nak 'ber-cinta-monyet'.

19 - 21 tahun

Kita dah tamat pengajian di Kolej atau barangkali Universiti itu-ini,
Tak kira lah Universiti IPTA atau IPTS atau IPT 'Antarabangsa',
Loan dulu-lah, PTPTN kan ado,
Kita dah di-set dalam kepala OTAK kita LOAN dulu-LAH!

22 - 55 tahun

Apply kerja,
Dah kerja,
Tak kerja,
LOAN-lah, Kredit Kad,
Beli kereta 'laju' baru,
Beli handphone baru,
Beli kasut baru,
Asyik nak BARU ajerr!

Sekarang masa GATAL, kawin-lah, kawin pun nak grand, LOAN-lah, Okay sekarang dah KAWIN.

Ada Anak, Comel, Alhamdulillah.

Sekarang masa isteri, anak, IBU BAPA pula bergantung kepada KITA,
CUBA renung kembali, masa pengorbanan IBU BAPA kita,
Ikut perut demi mahu anaknya BERJAYA,
Demi mahu melihat anaknya senang kemudian hari,
Bukan harap balasan.

TAPI, 
Mampukah kita ?
Mampukah kita memberikan kebahagian kepada mereka?
Mampukah kita membantu mereka?
Mampukah kita memberi kasih sayang?
Mampukah kita membalas jasa mereka?
Mampukah kita ?

56 - dan seterusnya..

Kita akan pergi,
Pasti pergi,
Mungkin kita pergi lebih awal,
Pergi selamanya meninggalkan dunia,
Pergi meninggalkan nama,
Pergi meninggalkan ...
Apa yang kita BAWAK?

SEMUA ini tentang pengurusan kehidupan. Pengurusan Risiko. KITA harus ambil tahu, belajar dan rancang terlebih dahulu. Kita merancang, Allah yang menentukan.

Kita ikhtiar.
Kita berdoa,
Kita berusaha,
Kita tawakal,
Letak jauh-jauh EGO tu.

Ya Allah! Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangiku di waktu aku kecil.

Amin ya Robb.

Februari 27, 2014

Duit Kasih Sayang




DUIT boleh dicari, Kasih sayang BELUM tentu.


Pengajaran dan pengalaman hari ini, hasil fact finding dan perkongsian solusi kepada prospek TAKAFUL.

Diantara PUNCA masalah keruntuhan rumah tangga adalah kegagalan menguruskan perbelanjaan aliran duit keluar-masuk.

HUTANG, 
HUTANG Kad Kredit, 
HUTANG Pinjaman Peribadi, 
HUTANG Budi,
HUTANG pada Kawan,
HUTANG pada Mak,
HUTANG pada Abah,
HUTANG pada Adik, 
HUTANG pada Gajah, 
HUTANG pada PTPTN,
HUTANG Pinjaman Kereta (pssst ukur baju di badan braderrr!), 
HUTANG itu-ini.

Disebabkan HUTANG. Rumah tangga menjadi muram, suram, huru-hara, anak menjadi mangsa, mangsa kepada kegagalan kita menguruskan kewangan. Mangsa dari keEGOan kita.

DUIT boleh di cari,
DUIT boleh di curi,
DUIT boleh di ganti,
DUIT boleh di kumpulkan semula.

KASIH SAYANG sebaliknya,
BELUM tentu boleh dibeli dengan DUIT.
BELUM tentu boleh dibeli dengan DUIT.
BELUM tentu boleh dibeli dengan DUIT.

Jangan ulang kesilapan kita. TOLONG jangan ulang kesilapan kita, jangan terlalu EGO !!!.

Februari 25, 2014

Bersusah-Susah Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Pengalaman Peribadi

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah yang Maha Kaya, Maha Mengasihi. Maha Bijaksana.


Bulan ini agak sibuk dengan persediaan dan ulang kaji paper Cert Malaysian Insurance Institute (CMII), hadir kelas setiap hari sabtu di Wisma Sime Darby hingga bulan April.

Penting untuk aku lulus paper ini untuk lengkapkan Diploma MII. May 2014 pula Insya Allah jika tiada halangan, selepas tamat paper CMII, aku akan sambung pengajian paper Islamic Financial Planner (IFP) di IBFIM, Kuala Lumpur.

Ini adalah pelaburan penting pada aku, ia akan membantu aku pergi lebih jauh di dalam bidang pengurusan kewangan Islam. Insya Allah.

Selain itu, pelbagai perkara positve & negative berlaku kebelakangan ini. Hopefully ia tidak melemahkan semangat. Aku pasti Allah ada sesuatu yang istimewa yang hendak berikan kerna setiap musibah, masalah itu ada hikmah dan rahsianya. Sabar.

Jumaat lepas aku terlibat secara tidak langsung perbincangan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, tentang projek Pilot LZS kerjasama dengan ejen Takaful sebagai ejen pemungut Zakat. Aku mencadangkan kepada En Iswaruddin dan Puan Rozy untuk membuat perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan Al Isra Associates SB. Aku percaya pihak Al Isra pasti dengan hati terbuka memberikan kerjasama, kerna ini adalah satu peluang yang sangat baik membantu menjalankan kerja amal melibatkan Zakat, ia juga salah satu cabang pengurusan kewangan Islam. Alhamdulillah, aku dah sampaikan maklumat ini kepada Tn Hj Abd Aziz Riadi (direct Agensi Manager aku).

Okay, seperkara lagi. Aku juga terlibat menguruskan pengurusan penjualan Land & Property di PUSU Heights, UIAM Gombak. Dan juga sedang menguruskan 2 potencial clients urusan pinjaman dan pembelian perumahan mengunakan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Alhamdulillah, peluang demi peluang Allah bukakan pintu untuk aku terus belajar.

Alhamdulillah, thank you, Allah

Khaidir Zakaria


Februari 12, 2014

SWSWSW… Next!

Some Will, Some Wont, So What ? Next-lah!


Ini perkara simple yang boleh kita praktik bila rasa2 nak give up. Jangan disebabkan nyamuk seekor, habis kelambu ko bakar.

Bila berhadapan dengan mereka yang selalu memberi kritikan, rejections, jangan-lah mudah kita mengalah. Aku juga selalu mengalami perkara sebegini. Untuk counter perasaan tu, just katakan pada diri sendiri dengan perkataan diatas, SWSWSW, Next!

Lepas tu, diam dan dengar apa yang prospek tu kata, collect setiap point yang dia 'tembak' sambil tu cepat2 analis, bak kata ex-bos aku dulu, prepare your bullet baik2 untuk balas point2 yang prospek lontar. Kalau ada point yang tak jelas, jawab dengan baik kau reffer pada mereka yang senior untuk dapatkan jawapan yang tepat, bukan main tarammmm jer. Fact is fact, jangan auta! Kau boleh guna teknik SWOT ni juga untuk handle objections.

Ia akan meringgankan sikit beban stress dalam hati. Senyum dah teruskan langkah seterusnya.

Ejen Etiqa, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas Berhad, PruBSN Takaful, AIA dan mana2 ejen Takaful pastinya merasai perkara ini, begitu juga dengan semua ahli perniagaan. Kehidupan kita dikelilingi dengan pelbagai ragam dan karenah. So, hadap jer dengan rileks.

Siang tadi di library sempat beborak dengan gadis cantik. Okay-lah, rasa cool lah juga, ahha! :D

Nanti kita sambung borak lagi. Aku ada beberapa buku nak baca dan prepare ILP Plan Illustration Takaful untuk prospek. 

Good night!

Februari 11, 2014

Its a matter of mindset.

Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.

Yes, its a matter of mindset. Itu adalah perkara utama yang menjadi penghalang dan kekuatan kita. Semalam selepas pulang dari library IBFIM, aku hadiri appointment. Seperti biasa berkongsi pandangan dan cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi prospek. Dalam pada masa yang sama, aku belajar tentang pengajaran dan tauladan dari masalah yang dihadapi prospek, so, aku tak perlu ulang kesilapan yang sama dan pada masa yang sama juga menjadi modal untuk aku share panduan dan pengalaman ini dengan prospek yang lain untuk dijadikan contoh.

Ilmu perlu di cari, amal dan kongsi. Ia tidak merugikan, aku percaya bab tu. So, tak perlu risau tentang idea ini di tiru oleh orang lain.

Tentang mindset. Kalau dalam kotak fikiran kita dah set, 'eh i cant do it, eh tak boleh doh, eh macam tipu je, eh poyo lah ko, eh aku takut lah, eh boleh ker macam tu?'

Bagaimana pula bila mindset kita kata 'Yes, i can do it, Yes, insya Allah, Yes, there is a way to solve the problem, Yes, awek tu sure suka aku punya, Yes, aku dah usaha sebaik mungkin, insya Allah pasti ada hikmah kegagalan ini'.

Nampak tak perbezaan tu? So, kalau mindset kita positive, maka kita akan menjadi positive dan sebaliknya.

Point aku nak share tentang mindset ini adalah bila kita dah set dalam fikiran kita boleh melakukan yang terbaik, insya Allah hasilnya pasti baik.

Bagaimana untuk dapatkan dan kekalkan mindset yang baik  ini?

Very good question. Macam ni, ini apa yang aku praktik.

Contoh : Sekiranya aku risau dan nervous nak berdepan dengan prospek A ini, aku akan bayangkan dia adalah kawan baik aku yang sudah lama aku kenal. Aku akan bayangkan dia sangat berminat ingin tahu tentang apa yang nak aku kongsikan ilmu pengurusan kewangan. Aku akan bayangkan dia suka bercakap dengan aku.

So, bila aku dah set fikiran positive, untuk langkah seterusnya ia menjadi mudah. TAPI, janganlah ko set awal2 to the point 'aku sure gagal-lah' nak bercakap dengan prospek ini hanya kerana prospek adalah seorang Dato'

Ini pengalaman sebenar aku, disebabkan Dato' ini lewat hadir temu janji, aku boleh sound dalam bahasa sopan.. 'Dato' , saya minta maaf waktu temu janji saya bersama Dato' sudah selesai, saya ada 2 lagi appointment yang perlu saya hadir dengan menepati masa. Izinkan saya minta diri dan boleh kita set masa appointment kita esok jam 11am di office Dato' ?

Dato' tu terdiam dan menjawab, I'm sorry and okay. Alhamdulillah, sekarang ini Dato' tersebut adalah salah seorang clients aku dalam projek IT. Lepas ni aku nak slowly approach dia jadi client Takaful aku pula. Insya Allah.

Okay, dah hampir jam 6 pagi, lets prepare for Solat Subuh.

Have a good day!



Februari 10, 2014

Cerita Petang

Selepas selesai meeting dan negotation tempoh hari jam 1300H, aku tiada appointment yang dijadualkan hingga jam 1530H. So, aku pun 'window shopping' di car showroom Mercedes & Porsche.

Aku memang sengaja menyinggah showroom tu untuk jadikan kayu api pembakar semangat. Dalam masa yang sama aku akan menyapa tetamu lain yang hadir, bertanyakan khabar, business, itu dan ini. (nak kata as fact finding prospect pun yer juga, ahha!)

Kalau ikutkan minat aku lebih suka jenama/model Itali, Alfa Romeo. Okay itu tak dinafikan dan aku dikenali dengan nama Tuah di kalangan ahli kelab pemilik Alfa Romeo di lembah Klang. Selain itu, aku juga suka jenama model Subaru Sti, Porsche 911, Audi RS4/R8 dan Bentley CGT. (Tidak salah berangan dahulu, rezeki dari Allah, mana tahu esok2 Allah makbulkan doa, amin.)

Back to the topic. Kebanyakkan yang datang ke showroom kereta ini aku lihat mereka yang berpendapatan baik, pakaian cantik, ahli perniagaan dan ada yang gaya sedikit sombong, tetapi tidak semua.

Aku pun mulai borak dengan ejen penjual kereta tersebut. Aku tegur dia, dia jawab bersahaja. Barangkali dia pandang lekeh. Aku pun bertanya tentang model, spec, road handling, harga, AP, maintenance dan bla bla. Nak dijadikan cerita, perbualan kami menjadi semakin ramah dan selesa. So, mudah lah untuk aku dapatkan beberapa info yang aku perlukan. Bingo!

Bertukar kad business itu perkara wajib setiap kali berjumpa kenalan baru. Menjaga kepercayaan dan hubungan baik itu juga penting. Ada kata mengatakan, "Its not always what you know, is about who you know".

Okay, nanti kita sambung cerita lagi. :-)


Februari 09, 2014

Heart-Healthy Tips

Health experts recommend the following heart-healthy tips:


  • Diet: Consume at least five daily servings of fruit and vegetables; limit consumption of fried and fatty foods; buy lean, low-fat protein; and choose lower-fat and whole grain foods.
  • Exercise: Get at least 20-30 minutes of moderate-intensity exercise five days a week (150 minutes weekly). That activity should be strenuous enough to increase your heart rate and make you break a sweat, but light enough that you can carry on a conversation.
  • Stress: Look for ways to lower your stress level through exercise, relaxation techniques, Yoga, swimming, or other activities.

Manfaat Tambahan PruBSN SmartLink

Kenapa Perlu Ambil Tahu Tentang Maanfaat Tambahan ?



Okay, hari ini aku nak share tentang perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum mencarum di dalam mana2 pelan Takaful - Manfaat Tambahan (Rider). 

Ingat! Buat homework terlebih dahulu supaya kita lebih ready bila bertemu dengan ejen.

Ejen akan menerangkan kepada kita konsep, butiran manfaat, terma dan syarat2 yang terdapat di dalam Plan Illustration. Perkara ini penting kerana ejen adalah pihak auditor pertama yang akan menilai kita. So, please sediakan jawapan yang jujur untuk kemudahan di masa hadapan.

Kenal pasti requirement kita. Yes, plan ini fleksible dengan beberapa syarat yang perlu kita patuhi.

Perkara utama : Budget dan perancangan, adakah keperluan kita untuk melindungi, saving (simpanan pendidikan, persaraan, perumahan (MRTT), perubatan, perniagaan (Keyman), kecemasan dan sebagainya). Sekiranya budget kita sebulan RM150 (RM150x12) bersamaan RM1800/setahun.

Disini aku sertakan contoh dan riders yang perlu kita miliki untuk pelan Kad Perubatan + Saving anak kita yang berusia 9 tahun.

Diantara 5 riders PruBSN SmartLink tersebut adalah :

  1. Joint Contributor atau Parent Contributor
  2. Contributor
  3. Hospital Benefit
  4. Takaful Saver
  5. Plan HealthEnrich - Full Coverage  (contoh - bernilai RM100k setahun) 


Anggaran nilai plan SmartLink ini adalah RM 130 - RM 200/sebulan atau lebih bergantung kepada keperluan dan budget anda.


Contoh Profile Client



Anak : Nurzainina Aleeya (9 Tahun)
Bapa : Zainuddin (43 Tahun, Tidak Merokok, Editor NST)

Basic Sum Covered RM80k
Crisis Shield RM20k
Accident Death & Disablement RM20k
HealthEnrich Advanced Plan 300 Full Coverage
Hospital Benefit (3) units RMxxx
Medical Cover (1) unit RMxxx
Parent Contributor RM2,280 p.a
Contributor RM2,280 p.a
Takaful Saver - RM10

Total Monthly Contribution : RM200 (RM190 + RM10)
Annual Limit : RM 100,000
Lifetime Limit : RM 1,000,000

P/S : Untuk topik yang akan datang, aku nak share tentang Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Insya Allah.

Terima kasih.

IKEA Damansara

Teks : Khaidir Zakaria
Lokasi : IKEA Damansara, Malaysia.

Alhamdulillah. Pagi itu saya bersama Nur Hanania dan Ahmed Hadif selepas kuliah subuh dan sarapan pagi buat pertama kalinya singgah ke IKEA dengan berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat.

Bergambar di IKEA


Februari 08, 2014

Critical Illnesses

A total of 36 critical illnesses are covered:

1. AIDS due to a blood transfusion or full blown AIDS
2. Aplastic anaemia
3. Apallic syndrome
4. Alzheimer’s disease
5. Benign brain tumour
6. Blindness
7. Brain surgery
8. Cancer
9. Cardiomyopathy
10. Chronic liver disease
11. Chronic lung disease
12. Coma
13. Coronary artery disease including Angioplasty and
other invasive treatments for coronary artery disease
14. Deafness
15. Encephalitis
16. Fulminant viral hepatitis
17. Heart attack
18. Heart valve replacement
19. Kidney failure
20. Loss of independent existence
21. Loss of speech
22. Major burns
23. Major head trauma
24. Major organ transplant
25. Medullary cystic disease
26. Meningitis
27. Motor neurone disease
28. Multiple sclerosis
29. Muscular dystrophy
30. Paralysis
31. Parkinson’s disease
32. Poliomyelitis
33. Primary pulmonary arterial hypertension
34. Stroke
35. Surgery to the aorta
36. Systemic lupus erythematosus lupus nephritis

Februari 07, 2014

Kerjaya Perunding Kewangan PruBSN Takaful

Al Isra' Associates Sdn Bhd telah di tubuhkan di Malaysia pada September 2006 bersamaan 27 rejab, 1427 Hijrah. Syarikat ini diberi nama sempena peristiwa Israk dan mikraj yang mana Al-Isra' itu sendiri membawa maksud 'perjalanan'.

Al Isra' Associates Sdn Bhd
Al IsraAssociates Sdn Bhd

Al-Isra' di tubuhkan bagi memenuhi beberapa objektif seperti berikut :

  1. Menyatukan hati-hati semua pihak termasuk perunding kewangan,pengurus-pengurus unit, kakitangan sokongan dan pelanggan dengan mempraktikkan ajaran islam di dalam urusan kerja seharian.
  2. Mendidik semua pihak (pengurus, perunding kewangan,kakitangan,rakan niaga) tentang kepentingan perancangan kewangan islam di dalam mencapai matlamat hidup mereka.
  3. Menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif kepada semua pihak bagi membantu mereka berjaya di dalam kerjaya.
  4. Melahirkan perunding-perunding kewangan dan pengurus bumiputera yang hebat dan luarbiasa bagi menghadapi cabaran di dalam dunia insurans dan takaful yang sangat kompetitif.
  5. Menggabungkan kepakaran setiap perunding kewangan yang ada memandangkan setiap mereka datang dari latar belakang dan disipin yang berbeza.
  6. Mengendali perunding-perunding kewangan dengan berlandaskan amalan yang sihat dan standard bagimembentuk suatu pasukan yang kuat dan bergerak dalam sinergi mencapai objektif mereka.
  7. Mengumpul dana dari semangat berpasukan dan tidak berorentasikan keuntungan bagi menyokong perkembangan perniagaan.

Kepada mereka yang berniat dan berminat menceburi kerjaya bidang Pengurusan Kewangan Islam selaku pasukan rakan kerja, sila hubungi Team Lead saya iaitu En Aziz Riadi di talian 019-323 2121 / 019-355 2121

Terima kasih

Februari 06, 2014

Paul Anka - Papa

Paul Anka


Everyday my papa worked
To help to make ends meet
To see that we would eat
(To) keep those shoes upon my feet
Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Kiss me on my head
After all my prayers were said

Growing up with him was easy
time just flew on by
The years began to fly
He aged and so did I

I could tell
That mama wasn't well
Papa knew and deep down so did she
So did she
When she died
My papa broke down and cried
All he said was, "God, Why not take me!"

Every night he sat there sleeping in his rocking chair
He never went upstairs
All because she wasn't there

Then one day my Papa said,
"Son, I'm proud (of) the way you've grown
make it on your own
I'll be O.K. alone."

Every time I kiss my children
Papa's words ring true
"Your children live through you.
They'll grow and leave you, too"
I remember every word my papa used to say
I live that every day
He taught me well that way

Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Kiss me on my head
After all my prayers were said

Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Tuck me in my bed
After all my prayers were said

Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.

Februari 05, 2014

Khidmat Masyarakat di Putrajaya dan Cyberjaya

Teks : Khaidir Zakaria
Lokasi : Putrajaya dan Cyberjaya

Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya

Pusat Pembelajaran Kejiranan
Pusat Pembelajaran Kejiranan


Sebagai warga Putrajaya dan Cyberjaya dengan ini aku menawarkan khidmat menguruskan permohonan kad perubatan dan perkongsian maklumat berkaitan perlindungan Takaful untuk ahli keluarga tersayang dan juga perancangan harta pusaka (wasiat, hibah, faraid, dll.) 

Sebarang pertanyaan boleh ajukan via phone call/whatsapp/telegram 011 3292 8711.

Untuk pertanyaan dan temujanji, boleh berjumpa di mana-mana Kompleks Kejiranan P9, Surau Al Mizan Persint 8, Surau Al Fuqran Persint 11, P16, Masjid Tuanku Mizan atau di Old Town White Coffee Kopitiam Cyberjaya (bersebelahan DHL, Maybank dan Fujitsu). 

Khaidir Zakaria , Putrajaya 

Februari 04, 2014

Penyakit Spesifik

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Internet

Blue circle for diabetes



Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus.

Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :
  • Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
  • Diabetes Mellitus
  • Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
  • Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
  • Hernia, buasir atau fistula
  • Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
  • Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia wujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan insuran atau takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi > 90 hari bagi setiap perjalanan.

Februari 03, 2014

Senarai Hospital Pilihan Prudential BSN Takaful

Untuk makluman semua pemegang kad perubatan HealthEnrich PruBSN. Berikut adalah senarai hospital pilihan yang berdekatan dengan anda untuk rawatan.
Anda juga boleh memuat turun (download) Apps PruBSN Navigator untuk maklumat lengkap senarai panel hospital berdekatan anda. Click link ini.

PruBSN Navigator Apps
Photo credit : Siti Sharini


Untuk permohonan kad perubatan HealthEnrich, sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian +6011 3292 8711 atau sila e-mailkan butiran berikut kepada saya untuk contoh proposal berdasarkan butiran peribadi anda.

Nama
Umur
Pekerjaan
Lokasi
No Handphone
Budget Bulanan (RM100 keatas)

Kos Bersalin di Pusat Perubatan UKM (PPUKM)

Untuk maklumat bersama. Anggaran kos bersalin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) adalah seperti berikut:

Deposit

  • RM 750 untuk warganegara yang bukan penjawat awam.
  • RM 1500 untuk bukan warganegara Malaysia. 
Anda juga boleh mendapatakan rawatan bersalin di UKM Specialist Center di private wing (swasta). Layari webpage ini untuk maklumat rate bilik dan deposit semasa. 

Alamat :

UKM Specialist Centre

7th Floor, Clinical Block, UKM Medical Centre

Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
General Line : 03-9172 6064 / 7326

Specialist Clinics
Enquiries / Appointments : 03-9145 7776 / 7777
Registration / Admission : 03-9145 6288

Pharmacy : 03- 9145 7751
Medical Records : 03- 9145 6284 / 7828
Billing : 03 – 9145 6443 Fax : 03- 9172 459

Kos Bersalin di Pusat Perubatan UKM
Kos Bersalin di Pusat Perubatan UKM

Maklumat Tambahan :


Kepada Bakal Pengantin, Suami dan Isteri,


Dapatkan pelan perlindungan keluarga dan peribadi Kad Perubatan HealthEnrich anda hari ini sebelum terlambat.


Berikut adalah senarai komplikasi-komplikasi ‪‎bersalin‬ yang di lindungi semasa peringkat antenatal kehamilan atau semasa bersalin atau selepas kelahiran anak :


1. Pembekuan Intravaskular

2. Kehamilan Ektopik
3. Hydatidiform Mole
4. Toksemia Semasa Mengandung
5. Embolisme Pulmonari Semasa ‪Mengandung‬
6. Embolisme Cecair Amniotik
7. Eklampsia
8. Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi

Dapatkan rawatan di DEMC Specialist Hospital, KPJ Johor, Prince Court Medical Center, Kota Bahru Medical Center, Tropicana Medical Center, Sunway Medical Center, Gleneagles Hospital dan Kuching Specialist Hospital. 


Hints :

Manfaat ini hanya digunapakai kepada peserta yang dilindungi iaitu wanita yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Tempoh menunggu adalah 365 hari dari tarikh penguatkuasaan.

Terima kasih