11 December 2014

Shopping Buku Big Bad Wolf Book Sale 2014



Dah pergi The Big Bad Wolf Book Sale ? Kalau belum moh lerrr, banyak buku-buku yang bagus dan menarik untuk di beli dengan harga yang begitu berpatutan. Last day 21 December 2014, 11:59PM (Selasa).

Tip ke Big Bad Wolf Book Sale 2014

1. Ruang parking agak sesak, datang awal. Kos Parking RM3 - RM4 per entry. Boleh turun di Stesen Serdang Komuter, perjalanan dalam 25 minit dari Stesen berjalan kaki ke dewan buku.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa, bawa beg sandang dan mineral water.

3. Kalau bawa anak, awasi anak-anak jangan biarkan berseorangan.

4. Luangkan masa dalam 2 ke 5 jam, ada banyak pilihan buku yang berharga dari RM2, RM6, RM8, RM10 dan ke atas sebuah buku. So, plan your budget dan masa wisely. ;)

5. Ruang dalam dewan buku luas dan tersusun mengikut genre.

6. Ia di buka selama 24 jam sehari ! Dan berakhir pada jam 11:59 malam 21/12/2014. Jom, jangan lepaskan peluang !

7. Bila dah ambil buku tu dan kalau ada buku yang tak jadi di beli, susun dan letak-lah di tempatnya semula dengan kemas dan bersih yer. Kita 'ulat buku' yang pembersih-kan ? ;)


Bagaimana nak ke #BigBadWolfBooks ? Okay, jom follow peta di bawah. Hopefully you guys tak sesat.

Rujuk di sini juga untuk maklumat penuh dari webpage BBWB.

Share-lah pengalaman you all juga bersama kami yer di ruang komen di bawah.

Terima kasih

Click Peta untuk Paparan yang lebih BESARR
The GREATEST Book Sale on Earth is back 5 - 16 Dec!! 75% - 95% discount on 3.5 MILLION books!

Panduan Pendaftaran Haji



Untuk makluman, sekiranya ingin melakukan pendaftaran haji, jumlah simpanan akaun TH perlu ada sekurang-kurangnya RM 1300.00. 

Dimaklumkan juga, selain itu, TH juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran haji menggunakan penyata akaun KWSP.

Pendaftaran haji melalui KWSP boleh dilakukan di kaunter:

1. Cawangan Tabung Haji (TH);
2. Uniteller TH iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat.

Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji KSWP:

1. Warganegara Malaysia.
2. Beragama Islam.
3. Mempunyai akaun KWSP dan ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dalam Akaun 1 KWSP.
4. Mempunyai akaun TH.
5. Belum mencapai umur 55 tahun.
6. Pendaftaran haji kali pertama.
7. Tidak muflis.

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji KWSP:

1. Kad Pengenalan / MyKad.
2. Salinan Penyata KWSP yang terkini.
3. Buku Akaun Simpanan TH (Bagi pendaftaran di Bank Islam dan Bank Rakyat).

Pendaftaran haji secara online boleh dilakukan di Portal Mytaha www.mytaha.com.my mahupun melalui perkhidmatan Maybank2U.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC

Sumber : Lembaga Tabung Haji

23 November 2014

Karnival Upin Ipin Mengecewakan

Super Extremely Mengecewakan!

Kami sangat kecewa dengan pengurusan Karnival Upin Ipin & PICC . Dari sudut keselamatan, pengurusan parking, support crew event Upin Ipin, ruang legar menonton semuanya sangat-sangat-sangat mengecewakan.

Saya dan keluarga pergi pagi Sabtu semalam.

Pesanan untuk mereka yang nak ke Karnival Upin Ipin :
  • Sediakan beg yang sesuai kecil jika boleh untuk peralatan anak-anak seperti botol susu, susu, mineral water dan sebagainya. Sebolehnya jangan bawa kerusi tolak (Stroller) anak.
  • Parking-lah dengan cermat dan tidak menyusahkan orang lain walaupun pengurusan parking di PICC sangat mengecewakan. Boleh parking di Putrajaya Sentral (RM2 per entry) dan naik bas ke PICC, kemudian jalan kaki menyusuri bukit.
  • Kawal emosi anda sebolehnya atau keluar sahaja majlis untuk mengelakkan pasangan suami-isteri bergaduh di sebabkan suasana sesak yang teramat. 
  • Bawa bekal makanan dan minuman untuk anak-anak sebab harga makanan mahal dan susah untuk di beli (beratur panjang) (P.S : Pesanan ini untuk anak anda yang super aktif dan ramai).
  • Pakai-lah kasut dan pakaian yang sesuai untuk ke majlis yang ramai orang dan penuh sesak. 
Untuk pasangan ibu-bapa yang jenis tak sabar tak di galakkan pergi, kalau nak pergi juga, cuba arrange masa pergi selepas Maghrib sebelum jam 10 malam. Atau, lebih baik pergi MAHA 2014.

Di harap, pihak pengurusan Karnival Upin Ipin dapat belajar dari kesilapan dan kelemahan yang berlaku pada event kali ini (Katanya ini event kali ke-4).

Kami sebenarnya bangga dengan perkembagan hasil kerja tanggan Les' Copaque Production menghasilkan animasi kartun Upin & Ipin ini hingga ke peringkat antarabangsa. Moga terus maju!



‪#‎upinipin‬ ‪#‎karnivalupinipin‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎picc‬ ‪#‎upinipinofficial‬

21 November 2014

Panel Bahagian Pinjaman Perumahan (SPPi)

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) - Prudential BSN Takaful Berhad.



Apakah PruBSN Gadai Janji?

PruBSN Gadai Janji dapat membantu mengelakkan rumah keluarga anda daripada ditarik balik sekiranya anda tidak dapat meneruskan pembayaran balik pinjaman atas sebab-sebab kehilangan upaya atau kematian.

PruBSN Gadai Janji – satu pelan untuk melindungi hak milik kediaman keluarga anda.

Sebarang pertanyaan berkaitan Pelan : PruBSN Gadai Janji dan Takaful Rumahku. 

Sila hubungi saya di talian +6011.2826.1061 (En Khaidir Zakaria) atau email  --> Khaidir.Zakaria@gmail.com

Terima kasih

Soalan Lazim MRTT

4 November 2014

Semua Tentang Kita

Info Takaful

Istilah 'kita semua' lebih tepat berbanding 'kami' bagi maksud situasi pembayaran kos pembedahan, perubatan, elaun dan pampasan Takaful.

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

Ini juga bermaksud, setiap sumbangan ke Dana Risiko – Tabarru' = Derma kita adalah bagi membantu dan melindungi Peserta antara satu sama lain semasa berlaku musibah atau kecemasan. Manakala, Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

So, ia adalah 'kita semua' dan bukan 'kami' yang merujuk kepada Pengendali Takaful (mengikut model perniagaan Wakalah Bil Ajr), agensi XYZ itu sendiri mahupun ejen Takaful! (Ya, ejen Takaful juga merupakan salah seorang peserta yang menyumbang).

Remember, insuran atau Takaful itu adalah pelan perlindungan – berdasarkan keperluan dan keutamaan. 

Ambil langkah bijak mengurus cash flow anda, lindungi aset dan urus liabiliti dengan pengurusan risiko Takaful yang komprehensif.


Suzardi Maulan
P.S  : Saya mengalakkan anda membeli dan membaca buku Panduan Cash Flow tulisan ini untuk rujukan pelan pengurusan kewangan peribadi yang terurus. 

Lets meet and talk,
KhaidirZakaria.com

31 October 2014

Jangan Ambil Mudah Tentang Takaful

7 Perkara anda perlu ambil tahu tentang Takaful dan jangan ambil mudah.


  • Buatlah catatan tentang tarikh premium/caruman perlu dibayar. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tarikhnya, polisi insurans hayat anda mungkin luput. Click URL ini untuk panduan bayaran caruman secara atas talian.
  • Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti pembayaran atau save bukti bayaran online anda di folder yang selamat.
  • Pastikan umur, nama penuh, alamat surat menyurat dan lain-lain maklumat penting anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat dan benar.
  • Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda berdasarkan keperluan dan keutamaan.
  • Simpan dokumen-dokumen polisi anda di tempat yang selamat termasuk resit bayaran original, laporan doktor, dsb.
  • Buat salinan maklumat asas seperti syarikat insurans pengeluar polisi anda, jenis polisi, nombor polisi dan nama-nama waris anda di tempat lain.
  • Selalu rujuk ejen insurans/takaful anda jika terdapat sebarang kemusykilan atau hubungi segera HQ operator Takaful untuk maklumat lanjut. 

30 October 2014

Pencetus Ummah Musim Kedua

Pada Selasa, 28 Oktober lepas berlangsungnya majlis sidang akhbar Pencetus Ummah di Hotel Royale Chulan. En Nor Azman Zainal, Pengarah Pemasaran, Prudential BSN Takaful berada di sana mewakili ‪‎PruBSN‬ selaku penaja utama rancangan realiti ini. Saksikan bermula 13 November 2014 ini di saluran Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (Saluran 135).

Syukur alhamdulillah.

Hashtag : #PencetusUmmah #PruBSN

Pencetus Ummah Musim 2

Pencetus Ummah kembali berdakwah

#PencetusUmmah
En.Nor Azman Zainal (paling kanan), Pengarah Pemasaran #PruBSN bersama para juri, penerbit rancangan serta pengarah program di majlis sidang media #PencetusUmmah